Friday, 9 December 2016

CIRI KEUSAHAWANAN- KUMPULAN 5


                                         

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SEMESTER 1 SESI 2016/2017

SADE 1013
ASAS KEUSAHAWANAN


TUGASAN KUMPULAN
TUGASAN 1 : CIRI-CIRI USAHAWAN
TUGASAN 2: TOKOH DAN CIRI USAHAWAN


DISEDIAKAN OLEH :
RAJA NUR SYARFA BINTI RAJA AHMED                247308
EIZZATUL HUSNA BINTI KHAIRUL AZIZI               247340
MUHAMMAD SYAFIE BIN MR DORLOH                   247342
NUR SARAH BINTI MOHAMED ISMAIL                    247380
NORAZILA BINTI MOHD KHODRI                              248386


DISEDIAKAN UNTUK:
ENCIK AZLAN BIN ZAINOL ABIDIN



PENGENALAN
            Istilah usahawan dalam bahasa inggeris entrepreneur berasal daripada bahsa Perancis entreprendre yang bermaksud memikul tugas atau mencuba menurut Richard Cantillon dalam tahun 1755. Maksud usahawan menurut kamus dewan, usahawan ialah individu atau kumpulan individu yang menubuhkan atau menerajui perniagaan sendiri serta mengembangkannya dari semasa ke semasa.
            Keusahawanan didefinisikan mengikut kamus dewan ialah satu proses perwujudan dan pengembangan perniagaan secara berterusan yang menyumbang kepada proses pembangunan ekonomi sesebuah negara. Definisi usahawan terbahagi dalam tiga bentuk teori iaitu bidang ekonomi, sosiologi dan psikologi.
            Istilah usahawan hanya popular di Malaysia pada awal 1970an dimana sebelum itu menggunakan gelaran saudagar atau peniaga. Usahawan ini mula dititikberatkan dalam kandungan penggubalan dan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)  selepas Mei 1969. Hal ini berikutan usahawan dianggap penting dalam mengimbangkan ekonomi di Malaysia.
            Usahawan merupakan individu yang bijak membuat keputusan, berinovasi dalam mencipta produk baru di pasaran. Ushawan juga berupaya merekabentuk dan mengaplikasikan teknik-teknik baru bagi mengurangkan kos dan dapat meningkatkan keuntungan sesebuah organisasi.
            Kesimpulannya, usahawan mampu mencari peluang, mengambil risiko dan menggunakan sumber bagi meningkatkan keuntungan. Keusahawanan penting untuk kemajuan dan kemakmuran diri, masyarakat dan negara.



TUGASAN 1 : CIRI-CIRI USAHAWAN
1.    PEMERHATIAN (OBSERVANT)

 Pemerhatian dalam konteks bahasa Melayu ialah seseorang yang memberi prihatin yang banyak dalam melakukan sesuatu perkara ataupun seseorang yang melakukan sesuatu perkara dengan berhati-hati. Manakala dalam konteks perniagaan membawa maksud penglihatan atau lebih spesik dikatakan teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Ciri ini sangat penting untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Sebagai buktinya, Dato’ Yusof Haslam atau nama sebenar beliau ialah Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan merupakan seorang pengarah filem di Malaysia. Dato’ Yusof Haslam dilahirkan pada 24 April 1954 dan berasal dari Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Beliau merupakan salah seorang usahawan yang terkemuka di Malaysia dan mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Kebangsaan Polis Depot dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
 Datuk Yusof Haslam juga merupakan Pengarah Urusan di Skop Production. Beliau telah mengeluarkan filem komersial seperti Sembilu, Gerak Khas The Movie dan banyak lagi membuktikan segala penat lelahnya sebagai penggiat seni perfileman sejak 1970-an mendapat penghargaan masyarakat dan media masa.



 Datuk Yusof  Haslam adalah seorang pengarah yang cukup prihatin dan teliti dengan masalah-masalah sosial di kalangan remaja dan juga masyarakat sekeliling. Beliau menggunakan konsep pemerhatian atau peka terhadap isu sekeliling. Filem yang diterbitkan sering digambarkan kemelut remaja kota, kehidupan remaja yang terbiar, keluarga yang bermasalah dan juga keluarga yang ketat memberikan perlindungan kepada anak-anak remaja. Filem-filem Datuk Yusof Haslam tersebut akan didedahkan dengan segala permasalahan itu dan nasihat-nasihat serta cara-cara untuk mengatasinya.
            Dengan itu terbuktilah bahawa ciri yang diamalkan oleh Datuk Yusof Haslam ini membuahkan hasil dan menjadikan beliau seorang usahawan perfileman yang berjaya di Malaysia. Negara kita perlu berbangga dengan adanya usahawan begini dan berharap agar lahirnya usahawan baru di masa yang akan datang.


2.     
2.    BUDAYA TERBUKA (OPEN CULTURE)



 Salah satu ciri keusahawanan ialah budaya terbuka .Konsep budaya terbuka ialah di mana pengetahuan harus disebarkan secara bebas. Penyebaran pengetahuan ini juga tidak perlu terikat dengan mana-mana undang harta intelek sebagai contoh pembangunan, penukaran kerja yang telah sedia ada di atas dasar perkongsian dan kerjasama. Setiap usahawan yang berjaya juga perlulah mempunyai ciri-ciri seperti ini. Contoh usahawan yang boleh diambil untuk ciri budaya terbuka ini ialah Vivy Yusof.
Vivy Yusof atau nama sebenar Vivy Sofinas bt Yusof merupakan salah seorang usahawan Malaysia yang telah berjaya meraih kejayaannya di peringkat usia yang muda. Beliau telah mempelajari ilmu pengajian undang-undang dan telah menamatkan pengajiannya di London School of Economics di United Kingdom (UK) ketika beliau berusia 25 tahun. Beliau juga merupakan seorang selebriti, usahawan dan ikon sosial buat beribu wanita muda di Malaysia.
Vivy Yusof merupakan pengasas kepada sebuah laman web e-dagang iaitu FashionValet.com. Beliau juga mempunyai blog yang tersendiri yang diberi nama  Proudduck. Beliau sering menulis tentang kehidupan beliau semasa belajar di London. Sejak dari itu, ramai pengikut wanita muda yang gemar membaca blog beliau dan mengikuti perkembangannya dari masa ke semasa.


Semasa beliau belajar di London, beliau mendapati bahawa kebanyakan penduduk di sana membeli belah secara atas talian pada mana ketika itu berbeza dengan Malaysia.Setelah pulang ke Malaysia, Vivy Yusof telah bekerja dengan ayahnya di syarikat hartanah, Proven Group milik ayahnya sendiri. Dari situ, minat Vivy untuk menjadi seorang usahawan mula timbul. Setelah mendapat kelulusan dari bapanya,  Vivy Yusof telah mengambil peluang bersama teman lelakinya (Fadzarudin Anuar) yang kini suaminya untuk membuka laman web e-dagang sendiri yang merupakan pertama di Malaysia pada ketika itu.
FashionValet telah ditubuhkan pada November 2010 yang bermodalkan dengan hanya RM 100,000 dan hanya terdapat 10 jenama tempatan sahaja. Vivy Yusof juga telah menetapkan bahawa FashionValet hanya untuk barangan jenama tempatan yang kini telah mencapai lebih 400 jenama dan pereka fesyen tempatan. Hal ini telah memberikan kelainan kepada FashionValet dengan laman web e-dagang yang lain.
Pada tahun 2012, Vivy dan suaminya telah mencuba nasib dalam rancangan realiti “MyEg Make The Pitch” di mana peserta perlu membentangkan idea perniagaan mereka kepada pelabur. Setelah itu, mereka telah dinobatkan sebagai juara dan telah menerima pelaburan sebanyak RM 1 juta atau 30 peratus dari saham FashionValet dari MyEG Services yang membolehkan mereka untuk mengembangkan lagi syarikat mereka.
Sehingga ke hari ini, FashionValet telah berkembang dengan jaya bukan sahaja di Malaysia malah seluruh Asia Tenggara. Dengan ciri keusahawanan yang beliau ada, beliau telah dapat memperkenalkan pereka fesyen tempatan kepada dunia luar dan juga dapat membuka mata pengguna Malaysia untuk lebih menghargai produk tempatan. Jadi, tidak hairan apabila Vivy Yusof telah terpilih sebagai calon Bella Business Award melalui saluran NTV7 dan baru-baru ini juga , Vivy Yusof telah mempunyai rancangan realiti nya sendiri iaitu Love, Vivy yang bersiaran di Astro. Kesimpulannya, Vivy Yusof telah memberi inspirasi yang besar buat terutama buat anak muda yang berminat untuk menjadi usahawan pada masa depan.

                                                     
              
                                        
              
3.    BERORIENTASIKAN HASIL (OUTCOME ORIENTED)


Salah satu ciri yang perlu ada pada usahawan ialah berorientasikan hasil. Usahawan yang berorientasikan hasil akan berusaha untuk mencapai hasil dan matlamat yang ditetapkan dan memaksimumkan keuntungan. Oleh itu, usahawan juga perlulah membuat kajian tentang kualiti produk yang mereka hasilkan dengan produk pesaing sebelum memulakan perniagaan. Hal ini akan melahirkan usahawan yang berdaya saing dan akan mendapat hasil mutu yang lebih tinggi.
Selain itu, usahawan juga perlu mencuba untuk menghasilkan produk yang berasaskan kepada kehendak pengguna di pasaran. Usahawan juga perlulah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna agar mereka berpuas hati dengan produk yang telah diberikan.
Usahawan yang boleh dikaitkan dengan ciri beorientasikan hasil ini ialah Datuk Jimmy Choo. Beliau seorang usahawan yang sangat dikenali sama ada di Malaysia mahupun luar negara. Seperti yang kita tahu, Datuk Jimmy Choo seorang pereka kasut yang sangat terkenal. Beliau dilahirkan pada tahun 1961 di Pulau Pinang. Minat beliau dalam pembuatan kasut ini timbul semasa beliau kecil, beliau sering menolong bapanya untuk membuat kasut. Semasa beliau berumur 10 tahun, beliau telah menghasilkan kasut pertamanya.
Beliau merupakan seorang usahawan yang bermula daripada bawah sehingga telah Berjaya membuka syarikat jenama kasutnya sendiri iaitu Jimmy Choo ltd sehingga ke persada dunia. Datuk Jimmy Choo telah meneruskan pendidikannya di London dalam pembuatan kasut dan fesyen. Bagi membayar yuran pengajiannya di London, Datuk Jimmy Choo telah melakukan kerja separuh masa sebagai pencuci di restoran dan kilang kasut demi  menanggung perbelanjaanya sewaktu di London.
Selepas habis pengajiannya di London, beliau telah membuka kedai kasut pada tahun 1986 dengan menyewa di hospital yang telah lama ditinggalkan. Setelah 4 tahun beliau bertungkus lumus , akhirnya hasil titik peluhnya telah membuahkan hasil. Rekaan kasut beliau telah mula mendapat perhatian daripada salah sebuah majalah fesyen yang popular di United Kingdom iaitu Vogue. Akan tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun telah dikenali di media tetapi hasil jualannya merosot sehinggakan beliau terpaksa untuk makan hanya mi segera.
Namun, kesabaran dan sikap tidak putus asa beliau, telah ditakdirkan mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya. Semenjak dari hari itu, nama Jimmy Choo terus melonjak naik dan hasil jualan kasut yang diperoleh juga telah meningkat.
Pada tahun 1996, beliau telah menjadi pengasas kepada Jimmy Choo ltd bersama editor majalah British Vogue iaitu Tamara Mellon. Ia juga telah menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. Dengan ciri yang berorientasikan hasil, Jimmy Choo telah mejual sepasang kasut wanita dengan sehingga mencecah beribu-ribu US dollar. Secara tidak langsung beliau juga telah menaikkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dengan hasil kejayaan beliau. Sehingga kini, syarikat beliau masih berdiri teguh dan berkembang maju walaupun semakin banyak pesaing- pesaing baru yang muncul untuk menaikkan nama masing-masing di peringkat antarabangsa.
Semangat berorientasikan hasil ini telah membawa beliau kepada tempat yang lebih tinggi sehinggakan terkenal di mata dunia. Kejayaan beliau juga telah menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak muda yang ingin menceburi dalam bidang usahawan. Di atas sikap rendah diri dan ketekunan Datuk Jimmy Choo, beliau telah mendapat pelbagai anugerah di atas pencapaiannya sehingga hari ini.






4.    Proaktif
                              
                            

    

 Proaktif boleh didefinisikan sebagai permulaan atau pencetus kepada idea yang baru dan menjadi ikutan orang lain . Mereka ini adalah kumpulan pemikir idea baru bagi mencipta sesuatu yang belum ada di pasaran . Contoh usahawan yang paling releven untuk ciri ini ialah Steve Job, iaitu pemilik kepada syarikat Apple . Steve Job merupakan antara usahawan yang paling Berjaya dalam dunia perniagaan dengan memiliki asset peribadi yang mencecah billion USD .
     Terang lagi bersuluh bahawa Apple lah pencetus kepada revolusi dalam bidang perkomputeran dengan mengeluarkan IMac . Apple pada peringkat awalnya hanya memfokuskan perniagaan mereka dalam bidang yang melibatkan komputer . Tetapi, melalui idea dan kebijaksanaan Steve Job untuk menjadi lebih proaktif , beliau mencuba untuk mengeluarkan telefon bimbit berjenama Apple . Menggunakan perisian IOS .
     Selepas Berjaya mengeluarkan telefon bimbit yang menggunakan perisian IOS iaitu IPohne, dalam masa beberapa tahun sahaja IPhone menjadi semakin popular dan digemari oleh orang ramai . Pemasaran Iphone telah dipasarkan di serata dunia dan mendapat sambutan  yang menggalakkan daripada pelanggan .
  
 Namun, muncul pula syarikat yang mengamalkan konsep reaktif iaitu SAMSUNG yang meniru Apple dalam pengeluaran telefon pintar menggunakan perisian Android. Sikap ini amat bahaya terutama apabila kedua-dua syarikat adalah seteru utama dalam perniagaan telefon pintar .Steve Job amat bijak apabila beliau mengenalkan satu kemudahan yang lain dimana pengguna Iphone boleh mencetak maklumat tanpa memerlukan komputer atau laptop dengan melalui telefon pintar keluaran Apple sahaja.
    Ianya amat efisien kepada pelanggan terutamanya mereka yang bekerja didalam pejabat . Ianya memudahkan dan menjimatkan masa . Malangnya, ada lagi syarikat-syarikat seteru Apple yang meniru idea ini dengan mengeluarkan juga telefon yang mempunyai fungsi yang sama dengan Apple. Kegigihan dan kecerdikan Steve Job dalam perniagaan amat hebat dan mengagumkan . Siapa sangka syarikat Apple yang dahulunya hanya memfokuskan kepada perniagaan perkomputeran telah mengambil langkah proaktif mencipta sesuatu yang di luar jangkaan iaitu telefon pintar yang menggunakan perisian IOS yang boleh digunakan untuk mencetak maklumat dan mempunyai fungsi melebii laptop dan komputer.



5.    Berorientasikan Pasukan


Berorientasikan pasukan bermaksud sekumpulan manusia atau pekerja yang memikul tugas dan tanggungjawab untuk melakukan tugas yang diberikan bersama-sama untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Berorientasikan pasukan membernarkan pekerja-pekerja untuk menyelesaikan tugas-tugas dan kerja yang diberikan dengan sebaik mungkin dan efisien dimana berlakunya perkongsian ilmu pengetahuan, kemahiran dan perbincangan antara satu sama lain, bertukar-tukar pendapat , saling percaya-mempercayai usaha yang gigih untuk mencapai sasaran syarikat.
   Dalam masa yang sama juga, kemahiran pekerja dapat digilap dan ditingkatkan melalui proses berorientasikan pasukan ini. Dimana idea dan pengalaman antara pekerja dikongsi bersama ketika bekerja. Berorientasikan pasukan ini hanya memfokuskan kepada sasaran yang sama dan bekerja bersama-sama untuk memberi peluang kepada semua pekerja untuk memberikan idea ketika mereka bekerja .
    Tan Sri Dr. Jeffry Cheah dilahirkan di Pusing, Perak dan mempunyai enam orang adik beradik. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway. Beliau mendapat pendidikan tinggi dari Footscray Institute of Technology yang kini dikenali sebagai Victoria University of Technology, Australia. Selepas berjaya menamatkan pengajian, beliau memulakan kerjaya sebagai akauntan di sebuah kilang pemasangan motor. Tan Sri Dr. Jeffry Cheah merupakan usahawan yang mempunyai sikap berorientasikan pasukan.



Sikap berorientasikan pasukan beliau jelas apabila beliau mengambil beberapa langkah untuk menghadapi krisis ekonomi tersebut dengan mengumpulkan kesemua pekerja Sunway Holdings Berhad dan menunjukkan kestabilan akaun pada masa tersebut untuk berbincang bersama-sama. Beliau ingin mendapatkan sokongan penuh dari setiap pekerja dengan memastikan syarikat membayar gaji tepat pada waktunya. Beliau sendiri telah mengurangkan gajinya dan mengubah gaya hidup bagi mengurangkan gaya bermewah-mewah dan membazir tanpa memikirkan hierarki antara beliau dan pekerja beliau.
6.    KEGAGALAN ADALAH SEBUAH PILIHAN

                                                    

Walter Elias Disney atau lebih dikenali sebagai Walt Disney (Disember 5, 1901- Disember 15,1996) merupakan usahawan di Amerika, kartunis, latar suara, animator dan pengarah filem. Bukan semua yang beliau cuba menemui kejayaan dengan segera. Sebelum beliau membina empayar seperti hari ini, beliau mengalami beberapa kegagalan. Ditolak hasil kerjanya sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya.
  Disney Walt merupakan perisikan paling kreatif pada abad ke 20 dipecat oleh majikannya Kansas City Newspaper kerana dianngap bahawa Walt ini seorang yang ketandusan idea dan kreativiti. Ini bukanlah kegagalan terakhir. Pada 1991, Beliau membuka Laugh- O- Gram Film, sebuah syarikat animasi. Walt Disney peroleh pendapatan sebanyak 15,000$ untuk syarikat dengan menggunakan kepakaran usahawan. Namun, beliau mengalami kebankraban kerana pengagihan syarikat di New York mengambil keputusan untuk menarik diri dalam usahasama bisnes ini. Beliau ketika ini amat sukar untuk membayar sewa dan hanya bertahan dengan makan makanan anjing.
             Kepayahan hidup beliau belum berakhir. Sekali lagi beliau menemui kegagalan. Walt Disney mencipta karakter kartun berdasarkan seekor tikus yang hidup di pejabat di Kansas City. ‘ Tikus-tikus ini berkumpul di  dalam bakul sampah sawaktu saya bekerja pada waktu malam. Salahsatu daripadanya merupakan rakan saya’ kata Walt Disney. Walaubagaimanapun, dia memberitahu ‘ Mickey Mouse menakutkan wanita. Bukan sekadar itu sahaja, ‘Three little pigs’ ditolak kerana ia memerlukan lebih banyak karakter sementara watak Pinocchio ditutup semasa pengambaran.        
 Walt Disney banyak melalui liku- liku kegagalan sebelum menemui kajayaan. Ini adalah contoh-contoh kegagalan yang dilalui oleh Walt. Bukan menjadikan beliau putus asa, sebaliknya beliau belajar daripada kegagalan dan terus mangambil risiko. Beliau menhadapi kritikan dan kegagalan sebelum filem-filemnya terkenal di serata dunia sehingga kini.



7.     
7.    BERWAWASAN
                                        

 Tan Sri Dato Loh Boon Siew mempunyai visi yang tinggi untuk menjadi usahawan terkaya di Malaysia. Beliau merupakan imigran dari China yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Beliau merupakan seorang mekanik semasa berusia 18 tahun. Beliau juga sering membuat kerja-kerja sampingan untuk meneruskan pelaburan dalam industry automobile.Beliau juga memperbaiki mutu penggunaan sebelas dan menjualnya dengan harga yang lebih tinggi. Lalu, wang itu digunakan untuk melabur dalam  pelaburan hartanah.
 Sebagai usahawan yang Berjaya, Tan Sri Dato Loh Boon Siew  dilihat mempunyai visi untuk syarikat dan beliaulah orang yang membawa motosikal Honda ke Malaysia. Ini boleh dilihat daripada penciptaan industi motosikal pertama di Malaysia iaitu Boon Siew Sdn. Bhd. Dalam industry kawasan Mak Mandin Pulau Pinang. Dengan struktur kilangnya, motosikal Honda tidak lagi dipasang di Jepun. Proses pemasangan dilakukan di Malaysia. Ini dapat mengurangkan kos pembuatan dan jualan.
Dengan struktur kilangnya, Boon Siew juga memperkenalkan beberapa model motosikal Honda bermula pada 1971 iaitu model Honda S907. Selain itu, bilik pameran pertama Hoda didirikan di Pitt Street, P. Pinang berhampiran kediaman Loh Boon Siew sebagai tanda kehormatan dan kepercayaan. Hari ini, Honda telah mengeluarkan banyak jenis motosiak di pasaran  untuk bersaing dengan syarikat lain.
 Wawasan yang tinggi ialah sifat yang membawa Tan Sri Loh Boon Siew meneruskan kejayaan dalam bidang pemotoran. Tidak semua usahawan mempunyai kemaampuan berpandangan jauh seperti Tan Sri, Sikap positif merupakan elemen utama dalam usahanya meneruskan  sumbangan dalam industry pemotoran di Malaysia.



8.    JARINGAN (NETWORKED)
                                             

Jaringan adalah salah satu ciri yang terdapat kepada usahawan. Jaringan ini bermaksud semua hubungan yang dicipta atau wujud serta dikekalkan oleh usahawan itu sendiri dengan individu di sekelilingnya bagi mencapai manfaat bersama. Ahli keluarga, rakan, pembekal, kerajaan dan sebagainya akan dapat memberi manfaat kepada usahawan dari segi sumber kewangan, maklumat perniagaan, tenaga kerja serta dorongan untuk berjaya dalam perniagaan.Jaringan ini sangat penting bagi usahawan dalam penubuhan serta perkembangan perniagaan dan boleh dijadikan sebagai asas penciptaan perniagaan. Terdapat tiga jenis jaringan iaitu jaringan peribadi , jaringan awam dan jaringan perniagaan.
Jaringan peribadi adalah hubungan yang tidak formal dan secara langsung antara usahawan bersama ahli keluarganya, rakan-rakan, serta lain-lain yang dapat melahirkan ikatan yang kukuh. Jaringan awam pula ialah penggunaaan sumber awam  oleh usahawan seperti media massa dan media cetak bagi membantu usahawan dalam memberikan maklumat tentang produk mereka. Jaringa perniagaan pula wujud apabila usahawan menjalinkan hubunga formal dengan pihak yang dapat memberikan manfaat bersama.
Untuk meneliti lebih mendalam, jaringan-jaringan ini boleh dilihat melalui seorang usahawan iaitu Dr Rozmey Che Din. Bagi pengenalan, Dr Rozmey Che Din merupakan individu utama dalam penubuhan Syarikat Herba Prima Marketing Sdn Bhd di mana syarikat ini menghasilkan produk perubatan yang berasakan herba semula jadi. Beliau telah adalah antara usahawan yanag  berjaya di Malaysia.

Dalam jaringan peribadi, Dr Rozmey yang berasal dari Kelantan, mempunyai hubungan yang baik bersama ahli keluarganya terutama sekali hubungan dengan arwah isterinya iaitu Noor Halawah Abdullah Shukri yang juga merupakan eksekutif bagi Syarikat Herba Prima Marketing Sdn Bhd. Selain itu, arwah isterinya banyak memberi dorongan serta maklumat dan juga tenaga kerja semenjak awal penubuhan syarikat ini. Melalui jaringan ini, Dr Rozmey Berjaya menaikkan nama syarikatnya.
Jaringan awam pula dapat diliht melalui Dr Rozmey apabila beliau menggunakan pelbagai medium seperti mengiklankan produknya di keratin akhbar serta internet bagi memajukan nama syarikatnya.Produknya semakin dikenali apabila medium cetat yang digunakan oleh beliau berjaya menarik minat orang ramai sehingga terpaksa mewujudkan sistem belian secara maya.
Akhir sekali adalah jaringan perniagaan, Dr Rozmey telah menjalinkan jaringan ini apabila beliau menghasilkan perjanjian bersama Jitra Medical Centre pada permulaan perniagaannya dan hasilnya, beliau telah Berjaya mendapatkan sumber kemudahan tempat kerja agar dapat memulakan perniagaan. Tamabahan pula, beliau mewujudkan jaringan ini bersama pelanggan beliau dalam program testimony produknya yang turut memberi kesan positif terhadap penubuhan syarikatnya kerana dapat membuktikan kepada orang ramai bahawa produknya sangat berkualiti dan tidak menjejaskan kesihatan si pemakai.



9.    PENGAMBIL RISIKO TERBUKA (OPEN RISK TAKER)
                                   

Pengambil risiko terbuka merupakan antara ciri-ciri yang terdapat oleh usahawan. Pengambil risiko terbuka ini bermaksud bahawa seseorang usahawan itu memutuskan sesuatu perkara berkaitan perniagaannya yang mungkin akan berda dalam risiko yang amat terbuka atau tinggi untuk gagal dan musnah. Walaupun setiap usahawan akan mengalami risiko dalam perniagaanya, namun usahawan yang mengambil risiko terbuka ini perlu mempunyai kesungguhan dan kewibawaan yang kuat dalam perniagaannya kerana sekali tersilap langkah, usahawan tersebut akan tertinggal di belakang dan mencapai hanyalah kegagalan. Dalam aspek ini, usahawan yang mengambil risiko terbuka adalah seorang yang amat dikenali dunia iaiti Bill Gates.
Bill Gates atau nama penuhnya adalah William Henry  Gates III dilahirkan pada  28 Oktober 1955 merupakan pengasas kepada  Microsoft Corporation yang seperti kita tahu penggunaan produknya sangat meluas dan penting kepada seantero dunia. Penyataan mengapa beliau dikatakan sebagai pengambil risiko terbuka adalah kerana pada permulaan untuk menghasilkan Microsoft ini, Bill Gates bersama rakanya Paul  Allen kerap tidak menghadirkan kelas dan meninggalkan zaman persekolahan mereka bagi menghasilkan projek mereka tersebut. Hal ini amat berisiko kerana jika projek tersebut gagal, ketidakhadirannya ke kelas hanyalah sekadar satu kerugian sahaja.




Seterusnya, usahawan ini juga mengambil risiko yang terbuka kerana matlamatnya yang pada waktu itu sangat tidak masuk akal bagi sesetengah pihak yang mengangap pemikirannya itu sangat susah untuk dicipta berikutan pemikirannya yang mencipta  satu inovasi yang luas iaitu ingin menghasilkan satu perubahan iaitu Microsoft bagi menjadikan penggunaan computer menjadi lebih meluas yang dapat dimanfaatkan sama ada di rumah ataupun tempat kerja dan di mana-mana sahaja.  Akhirnya, beliau Berjaya menghasilkan Microsoft yang pada mulanya hanya sekadar perkara yang sukar dicapai oleh sesetengah pihak dan penggunaanya dapat dilihat di seluruh pelosok dunia yang telah menjadikan BillGates seorang jutawan.




TUGASAN 2 : CIRI DAN TOKOH USAHAWAN
Tercatat ramai usahawan yang berjaya di seantero dunia ini. Namun, usahawan yang berjaya menarik minat kami sekumpuln ini adalah seorang usahawan yang sangat dikenali dan mendapat pencapaian yang sangat banyak. Usahawan tersebut adalah  Tan Sri Dato Sri Anthony Francis Fernandes. Berikut adalah biodata peribadi beliau serta lima ciri usahawan yang dapat ditafsirkan melalui kejayaannya.
                             

BIODATA
Nama : Tan Sri Dato Anthony Francis Fernanders
Kelahiran : 30 April 1964, Kuala Lumpur
Bangsa : Indian ( campuran Goa, Malayali dan Asia Portugis)
Pendidikan : Alice Smith School, Epsom College dan London School of Economics    
(Graduan Ijazah Perakaunan)
Jawatan :  Pengasas kepada Tune Group Sdn Bhd , Pentadbir Eksekutif dan pengarah kepada 
      Air Asia Berhad, dan juga pengerusi Queens Park Rangers
Pencapaian : The Legion of Honour Order oleh French Government, International Herald
         Tribune Awards, Malaysian CEO of the Year 2003, Emerging Entrepreneur of
         the Year, Entrepreneur of the Year 2006, Asia Pacific Leadership Awards in  
         2009 and Brand Builder of the Year 2014.

LIMA CIRI KEUSAHAWANAN :
Pengambil Risiko Terbuka (Open Risk Taker)
Seperti yang kita tahu pengambil risiko terbuka merupakan salah satu ciri yang terdapat pada usahawan. Dalam hal ini, Tan Sri Dato Tony Fernandes merupakan individu yang menggunakan ciri ini. Hal ini dapat dibuktikan apabila  beliau yang pada mulanya merupakan pengasas kepada Tune Group Berhad membeli syarikat penerbangan Air Asia Sdn Bhd yang telah tercatat sebagai syarikat yang muflis pada waktu itu. Dengan hanya nilai harga satu ringgit, beliau memiliki syarikat tersebut yng pada mulanya milik kerajaan di bawah jagaan DRB-HICOM.
Pembelian syarikat penerbangan ini bukan sahaja berisiko dari segi kemundurannya malah Tan Sri Anthony Fernandes terpaksa menangung beban hutang yang amat banyak jumlahnya. Selain itu, pada awal beliau inginmemajukan syarikat ini, beliau hanya memiliki 250 pekerja bersama dengan dua kapal terbang dan hanya menuju ke satu destinasi sahaja.
Namun begitu, individu ini berjaya menghapuskan segala perkara negatif oleh pelbagai pihak dan hal ini dapat dibuktikan apabila risiko terbuka yang diambil oleh beliau menjadikan beliau usahawan yang berjaya dan hal ini kerana pada masa ini Air Asia Sdn Bhd telah mempunyai lebih 190 kapal terbang yang menuju ke 130 lebih destinasi seantero dunia dan mencapai keuntungan sebanyak 549 Billion Ringgit Malaysia.




Kegagalan sebagai satu pilihan
Setiap usahawan akan mengharungi detik kegagalan dan idak semua mampu mengharunginya kerana sebagai manusia kita mudah mengalah. Namun, Tan Sri Dato Anthony Fernandes berjaya menempuh kegagalan ini dan beliau menganggap bahawa kegagalan ini sebagai satu pilihan.
Perkara ini bukan sekadar rekaan namun ia dapat dibuktikan apabila satu pesawat penerbangan di bawah syarikatnya yang bertempat di Indonesia iaitu QZ8501 telah terhempas dan menyebabkan ramai yang terkorban. Pesawat yang terhempas di Selat Karimata, Indonesia ini telah menyebabkan syarikat beliau dipandang rendah dan hal ini bukan hanya memberi kesan negative kepada reputasi beliau malah pada keuntungan syarikatnya yang pada masa itu menurun secara mendadak yang menghasilkan kegagalan yang besar baginya.
Walaupun begitu, beliau mengnggap kegagalan itu ada di mana-mana sahaja dan beliau perlu mengharunginya dengan sedia ada. Dengan berprinsipkan ciri ini, beiau bangkit untuk menaikkan semula reputasi syarikatnya dengan memohon maaf dan membayar pampasan kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian itu. Tambahan pula, beliau cuba untuk mencari penyebab kepada peristiwa. Dengan mengetahui punca berlakunya peristiwa tersebut, beliau dapat memperbaiki kesalahan yang terdapat dalam pesawatnya dan buktinya dapat dilihat apabila beliau telah meningkatkan keselamatan pesawat yang akan berlepas sama ada secara luaran dan dalaman.




Berorientasikan Pasukan
Dalam setiap perniagaan pastinya perlu menghasilkan satu organisasi syarikat yang mempunyai ciri berorientasikan pasukan yang baik agar dapat meningkatkan mutu perniagaan sesebuah syarikat. Tan Sri Dato Anthony Fernandes juga mempunyai ciri ini dan ia dapat dilihat dengan jelas.
Buktinya adalah apabila pada permulaan beliau membeli Air Asia Sdn Bhd, beliau banyak memberi pujian dan penghargaan kepada para pekerjanya seperti yang kita ketahui semua pekerjanya diberi gelaran AllStar kerana baginya para pekerja merupakan individu yang akan banyak membantu beliau dalam meningkatkan reputasi syarikatnya maka tidak salah bagi beliau untuk memberikan satu kepujian kepada pekerjanya yang mapu menaikkan semangat serta keseronokan bekerja kepada pekerjannya. Hasilnya, beliau dapat mencungkil bakat para pekerjanya dan mencari potensi mereka dalam mengendalikan hal berkaitan syarikat yang telah menaikkan keuntungan serta reputasi syarikat ini.
Selain itu, bagi meningkatkan sikap berorientasikan pasukan dalam syarikatnya, beliau telah menjalankan pelbagai latihan serta kemahiran seperti menubuhkan Unit Budaya Korporat dalam menerapakan amalan syarikat serta dapat melahirkan semangat berpasukan antara mereka apabila berlakunya perkara yang tidak dijangka. Tambahan pula, beliau juga tela melantik beberapa pekerjanya pabila berlaku kejadian 11 September yang menyebabkan banyak syarikat penerbangan memecat pekerjanya di mana hal ini dapat membanyu meningkatkan reputasi syarikatnya keran kebanyakkan pekerja tersebut merupakan individu yang mempunyai banyak pengalaman dalam sector penerbangan.




Proaktif
Proaktif merupakan ciri yang terdapat pada usahawan. Seorang usahawan akan dilihat sebagai proaktif apabila beliau bersemangat tinggi dalam meningkatkan perniagaannya serta menghasilkan satu perancangan secara agresif di mana mahu mencapai perancangannya itu dengan sebaik mungkin.
Hal ini juga dapat dilihat pada permulaan pembelian Air Asia Sdn Bhd kerana beliau secara proaktifnya memajak rumahnya serta menangungg beban hutan yang banyak hanya kerana beliau ingi mencapai impiamnya aitu untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri. Dengan sikap proaktifnya tersebut, beliau telah memiliki aset perniaagaan yang sangat tinggi.
Selain itu, Tan Sri Dato Athony Fernandes mempunyai ciri proaktif ini kerana beliau sentiasa bertindak secara agresif semasa menjalankan perkara yang berkaitan dengan syarikatnya lebih-lebih lagi yang mampu mengembangkan syarikatnya. Beliau teah berjaya menghasilkan pelbagai idea yang kreatif dalam membangunkan Air Asia Sdn Bhd iaitu dengan mewujudkan destinasi berkos tambang rendah kepada pelangganya di mana menarik minat ramai orang untuk menaiki pesawat syarikatnya.
Dengan sikap proaktifnya yang menyebabkan kehidupan beliau  pada mulanya sangat rumit untuk dilalui, akhirnya beliau berjaya melalui dan dapat merasai impian yang dihasilkan berdasarkan sikap berwibawa dan wawasannya.










Wawasan (Visionary)
Jika ingin berjaya dalam sesuatu perniagaan sudah tentu perlunya sikap berwawasan dalam diri usahawan tersebut. Oleh itu, Wawasan merupakan salah satu ciri yang ada pada seseorang usahawan seperti Tan Sri Dato Anthony Fernandes.
Apa yang dapat dilihat oleh Tan Si Dato Anthony Fernandes adalah sikap wawasannya iaitu ingin mencapai apa yang diingikan oleh beliau apabila meningkat dewasa. Cita-citanya untuk menjadi seorang usahawan dala syarikat penerbangan merupakan impiannya yang wujud semenjak beliau masih bersekolah lagi. Hal ini kerana, pada waktu itu beliau bersekolah di luar Negara yang berasrama penuh dan ia menyebabkan beliau tidak mampu untuk pulang ke rumahnya selalu hanya keran kos penebangan yang tinggi. Justeru itu, beliau nekad untuk menubuhkan syarikat penerbangannya yang bercirikan kos tambang rendah agar orang sepertinya mampu untuk menaiki pesawat dan dapat pulang ke pangkuan keluarga mereka.
Dengan sikap wawasannya, beliau berjaya merealisasikan impiannya apabila beliau membeli Air Asia Sdn Bhd yang dikenali dengan kos tambang rendah dan melancarkan penerbangan pertama syarikatnya dari London ke Kuala Lumpur di mana ia merupakan tempat beliau bersekolah dan tempat ahli keluargannya menetap iaitu di Kuala Lumpur. Tambahn pula, kewibawaanya itu dibei penghargaan apabila beliau dianugerahkan International Herald Tribune dalam kategori Visionaries and Leadership Series.





Rujukan
Internet
·         Ab, K. (2015, October 18). CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA TAN   SRI TONY FERNANDES. Diperolehi pada November 25, 2016, daripada http://kumpulanabsade1013.blogspot.my/2015/10/ciri-ciri-usahawan-berjaya-tan-sri-tony.html
·         Media Statement| April 17, 2015 10:39 MYT. (2015, April 17). Tony Fernandes tersenarai dalam 100 Individu Paling Berpengaruh TIME. Diperolehi pada 25,November2016, daripada http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tony-fernandes-tersenarai-dalam-100-individu-paling-berpengaruh-time-58030
·         B. (2009, November 19). Bill Gates. Diperolehi pada November 26, 2016, daripada https://billgatescr09.wordpress.com/
·         Azemi , (1970). Esei: Faedah Belajar Kumpulan .  diperolehi pada November 26, 2016. Daripada http://uumsade1013.blogspot.my/2015/10/tugasan-kumpulan.html
·         Wikimedia Foundation (2016). Yusof Haslam. Diperolehi pada Disember 3 2016, Daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Yusof_Haslam
·         @asia (2016), The Asian Entrepreneur. Diperolehi pada Disember 3 2016, Daripada http://www.asianentrepreneur.org/vivy-sofinas-yusof-fashionvalet-interview/
·         Wordpress. Happy go Duky. Diperolehi pada Disember 3 2016, Daripada https://proudduck.wordpress.com/
·         Wikimedia Foundation (2015). Jimmy Choo. Diperolehi pada Disember 3 2016, Daripada https://en.wikipedia.org/wiki/Jimmy_Choo
·         A/E Networks Television (2014). Jimmy Choo. Diperolehi pada Disember 3 2016, Daripada http://www.biography.com/people/jimmy-choo-20692491
·         Laila Hasnim (2016). Usahawan Berjaya-Datuk Loh Boon Siew. Diperolehi pada Disember 3 2016, Daripada lailahasnim.blogspot.com/p/usahawan-berjaya.html
·         Atom (November 2015). Entrepreneurship. Diperolehi pada Disember 3 2016, Daripada entrepreneurshipgroup123.blogspot.com



Buku
·         Walter Isaacson,(2011). Steve Jobs: The Exclusive Biography. United States: Simon & Schuter.
·         Sunway, (2016). Chairman’s Profile. Malaysia: Sunway Berhad.