UNIVERSITI
UTARA MALAYSIA
SEMESTER
1 SESI 2016/2017
SADE
1013
ASAS
KEUSAHAWANAN
TUGASAN
KUMPULAN
TUGASAN
1 : CIRI-CIRI USAHAWAN
TUGASAN
2: TOKOH DAN CIRI USAHAWAN
DISEDIAKAN
OLEH :
RAJA
NUR SYARFA BINTI RAJA AHMED 247308
EIZZATUL
HUSNA BINTI KHAIRUL AZIZI 247340
MUHAMMAD
SYAFIE BIN MR DORLOH 247342
NUR
SARAH BINTI MOHAMED ISMAIL 247380
NORAZILA
BINTI MOHD KHODRI 248386
DISEDIAKAN
UNTUK:
ENCIK
AZLAN BIN ZAINOL ABIDIN
PENGENALAN
Istilah
usahawan dalam bahasa inggeris entrepreneur berasal daripada bahsa Perancis
entreprendre yang bermaksud memikul tugas atau mencuba menurut Richard
Cantillon dalam tahun 1755. Maksud usahawan menurut kamus dewan, usahawan ialah
individu atau kumpulan individu yang menubuhkan atau menerajui perniagaan
sendiri serta mengembangkannya dari semasa ke semasa.
Keusahawanan
didefinisikan mengikut kamus dewan ialah satu proses perwujudan dan
pengembangan perniagaan secara berterusan yang menyumbang kepada proses pembangunan
ekonomi sesebuah negara. Definisi usahawan terbahagi dalam tiga bentuk teori
iaitu bidang ekonomi, sosiologi dan psikologi.
Istilah
usahawan hanya popular di Malaysia pada awal 1970an dimana sebelum itu
menggunakan gelaran saudagar atau peniaga. Usahawan ini mula dititikberatkan
dalam kandungan penggubalan dan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) selepas Mei 1969. Hal ini berikutan usahawan
dianggap penting dalam mengimbangkan ekonomi di Malaysia.
Usahawan
merupakan individu yang bijak membuat keputusan, berinovasi dalam mencipta
produk baru di pasaran. Ushawan juga berupaya merekabentuk dan mengaplikasikan
teknik-teknik baru bagi mengurangkan kos dan dapat meningkatkan keuntungan
sesebuah organisasi.
Kesimpulannya,
usahawan mampu mencari peluang, mengambil risiko dan menggunakan sumber bagi
meningkatkan keuntungan. Keusahawanan penting untuk kemajuan dan kemakmuran
diri, masyarakat dan negara.
TUGASAN 1 :
CIRI-CIRI USAHAWAN
1.
PEMERHATIAN
(OBSERVANT)
Pemerhatian dalam konteks bahasa Melayu ialah
seseorang yang memberi prihatin yang banyak dalam melakukan sesuatu perkara
ataupun seseorang yang melakukan sesuatu perkara dengan berhati-hati. Manakala dalam
konteks perniagaan membawa maksud penglihatan atau lebih spesik dikatakan
teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Ciri ini sangat penting untuk menjadi
seorang usahawan yang berjaya. Sebagai buktinya, Dato’ Yusof Haslam atau nama
sebenar beliau ialah Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan merupakan seorang pengarah
filem di Malaysia. Dato’ Yusof Haslam dilahirkan pada 24 April 1954 dan berasal
dari Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Beliau merupakan salah seorang usahawan yang
terkemuka di Malaysia dan mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Kebangsaan
Polis Depot dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
Datuk Yusof Haslam juga merupakan Pengarah
Urusan di Skop Production. Beliau telah mengeluarkan filem komersial seperti
Sembilu, Gerak Khas The Movie dan banyak lagi membuktikan segala penat lelahnya
sebagai penggiat seni perfileman sejak 1970-an mendapat penghargaan masyarakat
dan media masa.
Datuk
Yusof Haslam adalah seorang pengarah
yang cukup prihatin dan teliti dengan masalah-masalah sosial di kalangan remaja
dan juga masyarakat sekeliling. Beliau menggunakan konsep pemerhatian atau peka
terhadap isu sekeliling. Filem yang diterbitkan sering digambarkan kemelut
remaja kota, kehidupan remaja yang terbiar, keluarga yang bermasalah dan juga
keluarga yang ketat memberikan perlindungan kepada anak-anak remaja. Filem-filem
Datuk Yusof Haslam tersebut akan didedahkan dengan segala permasalahan itu dan
nasihat-nasihat serta cara-cara untuk mengatasinya.
Dengan itu terbuktilah bahawa ciri yang diamalkan oleh Datuk Yusof Haslam ini
membuahkan hasil dan menjadikan beliau seorang usahawan perfileman yang berjaya
di Malaysia. Negara kita perlu berbangga dengan adanya usahawan begini dan
berharap agar lahirnya usahawan baru di masa yang akan datang.
2.
2.
BUDAYA TERBUKA (OPEN CULTURE)
Salah satu ciri keusahawanan ialah budaya
terbuka .Konsep budaya terbuka ialah di mana pengetahuan harus disebarkan
secara bebas. Penyebaran pengetahuan ini juga tidak perlu terikat dengan
mana-mana undang harta intelek sebagai contoh pembangunan, penukaran kerja yang
telah sedia ada di atas dasar perkongsian dan kerjasama. Setiap usahawan yang
berjaya juga perlulah mempunyai ciri-ciri seperti ini. Contoh usahawan yang
boleh diambil untuk ciri budaya terbuka ini ialah Vivy Yusof.
Vivy
Yusof atau nama sebenar Vivy Sofinas bt Yusof merupakan salah seorang usahawan
Malaysia yang telah berjaya meraih kejayaannya di peringkat usia yang muda.
Beliau telah mempelajari ilmu pengajian undang-undang dan telah menamatkan
pengajiannya di London School of Economics di United Kingdom (UK) ketika beliau
berusia 25 tahun. Beliau juga merupakan seorang selebriti, usahawan dan ikon
sosial buat beribu wanita muda di Malaysia.
Vivy
Yusof merupakan pengasas kepada sebuah laman web e-dagang iaitu
FashionValet.com. Beliau juga mempunyai blog yang tersendiri yang diberi
nama Proudduck. Beliau sering menulis
tentang kehidupan beliau semasa belajar di London. Sejak dari itu, ramai
pengikut wanita muda yang gemar membaca blog beliau dan mengikuti
perkembangannya dari masa ke semasa.
Semasa
beliau belajar di London, beliau mendapati bahawa kebanyakan penduduk di sana
membeli belah secara atas talian pada mana ketika itu berbeza dengan
Malaysia.Setelah pulang ke Malaysia, Vivy Yusof telah bekerja dengan ayahnya di
syarikat hartanah, Proven Group milik ayahnya sendiri. Dari situ, minat Vivy
untuk menjadi seorang usahawan mula timbul. Setelah mendapat kelulusan dari
bapanya, Vivy Yusof telah mengambil
peluang bersama teman lelakinya (Fadzarudin Anuar) yang kini suaminya untuk
membuka laman web e-dagang sendiri yang merupakan pertama di Malaysia pada
ketika itu.
FashionValet
telah ditubuhkan pada November 2010 yang bermodalkan dengan hanya RM 100,000
dan hanya terdapat 10 jenama tempatan sahaja. Vivy Yusof juga telah menetapkan
bahawa FashionValet hanya untuk barangan jenama tempatan yang kini telah
mencapai lebih 400 jenama dan pereka fesyen tempatan. Hal ini telah memberikan
kelainan kepada FashionValet dengan laman web e-dagang yang lain.
Pada
tahun 2012, Vivy dan suaminya telah mencuba nasib dalam rancangan realiti “MyEg
Make The Pitch” di mana peserta perlu membentangkan idea perniagaan mereka
kepada pelabur. Setelah itu, mereka telah dinobatkan sebagai juara dan telah
menerima pelaburan sebanyak RM 1 juta atau 30 peratus dari saham FashionValet
dari MyEG Services yang membolehkan mereka untuk mengembangkan lagi syarikat
mereka.
Sehingga
ke hari ini, FashionValet telah berkembang dengan jaya bukan sahaja di Malaysia
malah seluruh Asia Tenggara. Dengan ciri keusahawanan yang beliau ada, beliau
telah dapat memperkenalkan pereka fesyen tempatan kepada dunia luar dan juga
dapat membuka mata pengguna Malaysia untuk lebih menghargai produk tempatan.
Jadi, tidak hairan apabila Vivy Yusof telah terpilih sebagai calon Bella
Business Award melalui saluran NTV7 dan baru-baru ini juga , Vivy Yusof telah
mempunyai rancangan realiti nya sendiri iaitu Love, Vivy yang bersiaran di
Astro. Kesimpulannya, Vivy Yusof telah memberi inspirasi yang besar buat
terutama buat anak muda yang berminat untuk menjadi usahawan pada masa depan.
3. BERORIENTASIKAN
HASIL (OUTCOME ORIENTED)
Salah
satu ciri yang perlu ada pada usahawan ialah berorientasikan hasil. Usahawan
yang berorientasikan hasil akan berusaha untuk mencapai hasil dan matlamat yang
ditetapkan dan memaksimumkan keuntungan. Oleh itu, usahawan juga perlulah
membuat kajian tentang kualiti produk yang mereka hasilkan dengan produk
pesaing sebelum memulakan perniagaan. Hal ini akan melahirkan usahawan yang
berdaya saing dan akan mendapat hasil mutu yang lebih tinggi.
Selain
itu, usahawan juga perlu mencuba untuk menghasilkan produk yang berasaskan
kepada kehendak pengguna di pasaran. Usahawan juga perlulah memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna agar mereka berpuas hati dengan
produk yang telah diberikan.
Usahawan
yang boleh dikaitkan dengan ciri beorientasikan hasil ini ialah Datuk Jimmy
Choo. Beliau seorang usahawan yang sangat dikenali sama ada di Malaysia mahupun
luar negara. Seperti yang kita tahu, Datuk Jimmy Choo seorang pereka kasut yang
sangat terkenal. Beliau dilahirkan pada tahun 1961 di Pulau Pinang. Minat
beliau dalam pembuatan kasut ini timbul semasa beliau kecil, beliau sering
menolong bapanya untuk membuat kasut. Semasa beliau berumur 10 tahun, beliau
telah menghasilkan kasut pertamanya.
Beliau
merupakan seorang usahawan yang bermula daripada bawah sehingga telah Berjaya
membuka syarikat jenama kasutnya sendiri iaitu Jimmy Choo ltd sehingga ke
persada dunia. Datuk Jimmy Choo telah meneruskan pendidikannya di London dalam
pembuatan kasut dan fesyen. Bagi membayar yuran pengajiannya di London, Datuk
Jimmy Choo telah melakukan kerja separuh masa sebagai pencuci di restoran dan kilang
kasut demi menanggung perbelanjaanya
sewaktu di London.
Selepas
habis pengajiannya di London, beliau telah membuka kedai kasut pada tahun 1986
dengan menyewa di hospital yang telah lama ditinggalkan. Setelah 4 tahun beliau
bertungkus lumus , akhirnya hasil titik peluhnya telah membuahkan hasil. Rekaan
kasut beliau telah mula mendapat perhatian daripada salah sebuah majalah fesyen
yang popular di United Kingdom iaitu Vogue. Akan tetapi beliau masih kecewa
kerana walaupun telah dikenali di media tetapi hasil jualannya merosot
sehinggakan beliau terpaksa untuk makan hanya mi segera.
Namun,
kesabaran dan sikap tidak putus asa beliau, telah ditakdirkan mendiang Puteri
Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya. Semenjak dari hari itu,
nama Jimmy Choo terus melonjak naik dan hasil jualan kasut yang diperoleh juga
telah meningkat.
Pada
tahun 1996, beliau telah menjadi pengasas kepada Jimmy Choo ltd bersama editor
majalah British Vogue iaitu Tamara Mellon. Ia juga telah menjadi kegilaan artis
dan selebriti di serata dunia. Dengan ciri yang berorientasikan hasil, Jimmy
Choo telah mejual sepasang kasut wanita dengan sehingga mencecah beribu-ribu US
dollar. Secara tidak langsung beliau juga telah menaikkan nama Malaysia di
peringkat antarabangsa dengan hasil kejayaan beliau. Sehingga kini, syarikat
beliau masih berdiri teguh dan berkembang maju walaupun semakin banyak pesaing-
pesaing baru yang muncul untuk menaikkan nama masing-masing di peringkat
antarabangsa.
Semangat
berorientasikan hasil ini telah membawa beliau kepada tempat yang lebih tinggi
sehinggakan terkenal di mata dunia. Kejayaan beliau juga telah menjadi sumber
inspirasi kepada anak-anak muda yang ingin menceburi dalam bidang usahawan. Di
atas sikap rendah diri dan ketekunan Datuk Jimmy Choo, beliau telah mendapat
pelbagai anugerah di atas pencapaiannya sehingga hari ini.
4.
Proaktif
Proaktif boleh didefinisikan
sebagai permulaan atau pencetus kepada idea yang baru dan menjadi ikutan orang
lain . Mereka ini adalah kumpulan pemikir idea baru bagi mencipta sesuatu yang
belum ada di pasaran . Contoh usahawan yang paling releven untuk ciri ini ialah
Steve Job, iaitu pemilik kepada syarikat Apple . Steve Job merupakan antara
usahawan yang paling Berjaya dalam dunia perniagaan dengan memiliki asset
peribadi yang mencecah billion USD .
Terang lagi bersuluh bahawa Apple lah
pencetus kepada revolusi dalam bidang perkomputeran dengan mengeluarkan IMac .
Apple pada peringkat awalnya hanya memfokuskan perniagaan mereka dalam bidang
yang melibatkan komputer . Tetapi, melalui idea dan kebijaksanaan Steve Job
untuk menjadi lebih proaktif , beliau mencuba untuk mengeluarkan telefon bimbit
berjenama Apple . Menggunakan perisian IOS .
Selepas Berjaya mengeluarkan telefon
bimbit yang menggunakan perisian IOS iaitu IPohne, dalam masa beberapa tahun
sahaja IPhone menjadi semakin popular dan digemari oleh orang ramai . Pemasaran
Iphone telah dipasarkan di serata dunia dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan .
Namun, muncul pula syarikat yang mengamalkan
konsep reaktif iaitu SAMSUNG yang meniru Apple dalam pengeluaran telefon pintar
menggunakan perisian Android. Sikap ini amat bahaya terutama apabila kedua-dua
syarikat adalah seteru utama dalam perniagaan telefon pintar .Steve Job amat
bijak apabila beliau mengenalkan satu kemudahan yang lain dimana pengguna
Iphone boleh mencetak maklumat tanpa memerlukan komputer atau laptop dengan
melalui telefon pintar keluaran Apple sahaja.
Ianya amat efisien kepada pelanggan
terutamanya mereka yang bekerja didalam pejabat . Ianya memudahkan dan
menjimatkan masa . Malangnya, ada lagi syarikat-syarikat seteru Apple yang
meniru idea ini dengan mengeluarkan juga telefon yang mempunyai fungsi yang
sama dengan Apple. Kegigihan dan kecerdikan Steve Job dalam perniagaan amat
hebat dan mengagumkan . Siapa sangka syarikat Apple yang dahulunya hanya
memfokuskan kepada perniagaan perkomputeran telah mengambil langkah proaktif
mencipta sesuatu yang di luar jangkaan iaitu telefon pintar yang menggunakan
perisian IOS yang boleh digunakan untuk mencetak maklumat dan mempunyai fungsi
melebii laptop dan komputer.
5.
Berorientasikan
Pasukan
Berorientasikan
pasukan bermaksud sekumpulan manusia atau pekerja yang memikul tugas dan
tanggungjawab untuk melakukan tugas yang diberikan bersama-sama untuk mencapai
sasaran yang telah ditetapkan. Berorientasikan pasukan membernarkan
pekerja-pekerja untuk menyelesaikan tugas-tugas dan kerja yang diberikan dengan
sebaik mungkin dan efisien dimana berlakunya perkongsian ilmu pengetahuan,
kemahiran dan perbincangan antara satu sama lain, bertukar-tukar pendapat ,
saling percaya-mempercayai usaha yang gigih untuk mencapai sasaran syarikat.
Dalam masa yang sama juga, kemahiran pekerja
dapat digilap dan ditingkatkan melalui proses berorientasikan pasukan ini.
Dimana idea dan pengalaman antara pekerja dikongsi bersama ketika bekerja.
Berorientasikan pasukan ini hanya memfokuskan kepada sasaran yang sama dan
bekerja bersama-sama untuk memberi peluang kepada semua pekerja untuk
memberikan idea ketika mereka bekerja .
Tan Sri Dr. Jeffry Cheah dilahirkan di
Pusing, Perak dan mempunyai enam orang adik beradik. Beliau merupakan Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway. Beliau mendapat pendidikan tinggi dari
Footscray Institute of Technology yang kini dikenali sebagai Victoria
University of Technology, Australia. Selepas berjaya menamatkan pengajian,
beliau memulakan kerjaya sebagai akauntan di sebuah kilang pemasangan motor.
Tan Sri Dr. Jeffry Cheah merupakan usahawan yang mempunyai sikap
berorientasikan pasukan.
Sikap
berorientasikan pasukan beliau jelas apabila beliau mengambil beberapa langkah
untuk menghadapi krisis ekonomi tersebut dengan mengumpulkan kesemua pekerja
Sunway Holdings Berhad dan menunjukkan kestabilan akaun pada masa tersebut
untuk berbincang bersama-sama. Beliau ingin mendapatkan sokongan penuh dari
setiap pekerja dengan memastikan syarikat membayar gaji tepat pada waktunya.
Beliau sendiri telah mengurangkan gajinya dan mengubah gaya hidup bagi
mengurangkan gaya bermewah-mewah dan membazir tanpa memikirkan hierarki antara
beliau dan pekerja beliau.
6. KEGAGALAN
ADALAH SEBUAH PILIHAN
Walter
Elias Disney atau lebih dikenali sebagai Walt Disney (Disember 5, 1901-
Disember 15,1996) merupakan usahawan di Amerika, kartunis, latar suara,
animator dan pengarah filem. Bukan semua yang beliau cuba menemui kejayaan
dengan segera. Sebelum beliau membina empayar seperti hari ini, beliau
mengalami beberapa kegagalan. Ditolak hasil kerjanya sudah menjadi kebiasaan
bagi dirinya.
Disney Walt merupakan perisikan paling
kreatif pada abad ke 20 dipecat oleh majikannya Kansas City Newspaper kerana
dianngap bahawa Walt ini seorang yang ketandusan idea dan kreativiti. Ini
bukanlah kegagalan terakhir. Pada 1991, Beliau membuka Laugh- O- Gram Film,
sebuah syarikat animasi. Walt Disney peroleh pendapatan sebanyak 15,000$ untuk
syarikat dengan menggunakan kepakaran usahawan. Namun, beliau mengalami
kebankraban kerana pengagihan syarikat di New York mengambil keputusan untuk
menarik diri dalam usahasama bisnes ini. Beliau ketika ini amat sukar untuk
membayar sewa dan hanya bertahan dengan makan makanan anjing.
Kepayahan hidup beliau belum
berakhir. Sekali lagi beliau menemui kegagalan. Walt Disney mencipta karakter
kartun berdasarkan seekor tikus yang hidup di pejabat di Kansas City. ‘
Tikus-tikus ini berkumpul di dalam bakul
sampah sawaktu saya bekerja pada waktu malam. Salahsatu daripadanya merupakan
rakan saya’ kata Walt Disney. Walaubagaimanapun, dia memberitahu ‘ Mickey Mouse
menakutkan wanita. Bukan sekadar itu sahaja, ‘Three little pigs’ ditolak kerana
ia memerlukan lebih banyak karakter sementara watak Pinocchio ditutup semasa
pengambaran.
Walt Disney banyak melalui liku- liku
kegagalan sebelum menemui kajayaan. Ini adalah contoh-contoh kegagalan yang
dilalui oleh Walt. Bukan menjadikan beliau putus asa, sebaliknya beliau belajar
daripada kegagalan dan terus mangambil risiko. Beliau menhadapi kritikan dan
kegagalan sebelum filem-filemnya terkenal di serata dunia sehingga kini.
7.
7. BERWAWASAN
Tan Sri Dato Loh Boon Siew
mempunyai visi yang tinggi untuk menjadi usahawan terkaya di Malaysia. Beliau
merupakan imigran dari China yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari
pekerjaan. Beliau merupakan seorang mekanik semasa berusia 18 tahun. Beliau
juga sering membuat kerja-kerja sampingan untuk meneruskan pelaburan dalam
industry automobile.Beliau juga memperbaiki mutu penggunaan sebelas dan
menjualnya dengan harga yang lebih tinggi. Lalu, wang itu digunakan untuk melabur
dalam pelaburan hartanah.
Sebagai usahawan yang Berjaya, Tan Sri Dato
Loh Boon Siew dilihat mempunyai visi
untuk syarikat dan beliaulah orang yang membawa motosikal Honda ke Malaysia.
Ini boleh dilihat daripada penciptaan industi motosikal pertama di Malaysia
iaitu Boon Siew Sdn. Bhd. Dalam industry kawasan Mak Mandin Pulau Pinang.
Dengan struktur kilangnya, motosikal Honda tidak lagi dipasang di Jepun. Proses
pemasangan dilakukan di Malaysia. Ini dapat mengurangkan kos pembuatan dan
jualan.
Dengan
struktur kilangnya, Boon Siew juga memperkenalkan beberapa model motosikal
Honda bermula pada 1971 iaitu model Honda S907. Selain itu, bilik pameran
pertama Hoda didirikan di Pitt Street, P. Pinang berhampiran kediaman Loh Boon
Siew sebagai tanda kehormatan dan kepercayaan. Hari ini, Honda telah
mengeluarkan banyak jenis motosiak di pasaran
untuk bersaing dengan syarikat lain.
Wawasan yang tinggi ialah sifat yang membawa
Tan Sri Loh Boon Siew meneruskan kejayaan dalam bidang pemotoran. Tidak semua
usahawan mempunyai kemaampuan berpandangan jauh seperti Tan Sri, Sikap positif
merupakan elemen utama dalam usahanya meneruskan sumbangan dalam industry pemotoran di
Malaysia.
8. JARINGAN
(NETWORKED)
Jaringan
adalah salah satu ciri yang terdapat kepada usahawan. Jaringan ini bermaksud
semua hubungan yang dicipta atau wujud serta dikekalkan oleh usahawan itu
sendiri dengan individu di sekelilingnya bagi mencapai manfaat bersama. Ahli
keluarga, rakan, pembekal, kerajaan dan sebagainya akan dapat memberi manfaat
kepada usahawan dari segi sumber kewangan, maklumat perniagaan, tenaga kerja
serta dorongan untuk berjaya dalam perniagaan.Jaringan ini sangat penting bagi
usahawan dalam penubuhan serta perkembangan perniagaan dan boleh dijadikan
sebagai asas penciptaan perniagaan. Terdapat tiga jenis jaringan iaitu jaringan
peribadi , jaringan awam dan jaringan perniagaan.
Jaringan
peribadi adalah hubungan yang tidak formal dan secara langsung antara usahawan
bersama ahli keluarganya, rakan-rakan, serta lain-lain yang dapat melahirkan
ikatan yang kukuh. Jaringan awam pula ialah penggunaaan sumber awam oleh usahawan seperti media massa dan media
cetak bagi membantu usahawan dalam memberikan maklumat tentang produk mereka.
Jaringa perniagaan pula wujud apabila usahawan menjalinkan hubunga formal
dengan pihak yang dapat memberikan manfaat bersama.
Untuk
meneliti lebih mendalam, jaringan-jaringan ini boleh dilihat melalui seorang
usahawan iaitu Dr Rozmey Che Din. Bagi pengenalan, Dr Rozmey Che Din merupakan
individu utama dalam penubuhan Syarikat Herba Prima Marketing Sdn Bhd di mana
syarikat ini menghasilkan produk perubatan yang berasakan herba semula jadi.
Beliau telah adalah antara usahawan yanag
berjaya di Malaysia.
Dalam
jaringan peribadi, Dr Rozmey yang berasal dari Kelantan, mempunyai hubungan
yang baik bersama ahli keluarganya terutama sekali hubungan dengan arwah
isterinya iaitu Noor Halawah Abdullah Shukri yang juga merupakan eksekutif bagi
Syarikat Herba Prima Marketing Sdn Bhd. Selain itu, arwah isterinya banyak
memberi dorongan serta maklumat dan juga tenaga kerja semenjak awal penubuhan
syarikat ini. Melalui jaringan ini, Dr Rozmey Berjaya menaikkan nama
syarikatnya.
Jaringan
awam pula dapat diliht melalui Dr Rozmey apabila beliau menggunakan pelbagai
medium seperti mengiklankan produknya di keratin akhbar serta internet bagi
memajukan nama syarikatnya.Produknya semakin dikenali apabila medium cetat yang
digunakan oleh beliau berjaya menarik minat orang ramai sehingga terpaksa
mewujudkan sistem belian secara maya.
Akhir
sekali adalah jaringan perniagaan, Dr Rozmey telah menjalinkan jaringan ini
apabila beliau menghasilkan perjanjian bersama Jitra Medical Centre pada
permulaan perniagaannya dan hasilnya, beliau telah Berjaya mendapatkan sumber
kemudahan tempat kerja agar dapat memulakan perniagaan. Tamabahan pula, beliau
mewujudkan jaringan ini bersama pelanggan beliau dalam program testimony
produknya yang turut memberi kesan positif terhadap penubuhan syarikatnya
kerana dapat membuktikan kepada orang ramai bahawa produknya sangat berkualiti
dan tidak menjejaskan kesihatan si pemakai.
9. PENGAMBIL
RISIKO TERBUKA (OPEN RISK TAKER)
Pengambil
risiko terbuka merupakan antara ciri-ciri yang terdapat oleh usahawan.
Pengambil risiko terbuka ini bermaksud bahawa seseorang usahawan itu memutuskan
sesuatu perkara berkaitan perniagaannya yang mungkin akan berda dalam risiko
yang amat terbuka atau tinggi untuk gagal dan musnah. Walaupun setiap usahawan
akan mengalami risiko dalam perniagaanya, namun usahawan yang mengambil risiko
terbuka ini perlu mempunyai kesungguhan dan kewibawaan yang kuat dalam
perniagaannya kerana sekali tersilap langkah, usahawan tersebut akan tertinggal
di belakang dan mencapai hanyalah kegagalan. Dalam aspek ini, usahawan yang
mengambil risiko terbuka adalah seorang yang amat dikenali dunia iaiti Bill
Gates.
Bill
Gates atau nama penuhnya adalah William Henry
Gates III dilahirkan pada 28
Oktober 1955 merupakan pengasas kepada
Microsoft Corporation yang seperti kita tahu penggunaan produknya sangat
meluas dan penting kepada seantero dunia. Penyataan mengapa beliau dikatakan
sebagai pengambil risiko terbuka adalah kerana pada permulaan untuk
menghasilkan Microsoft ini, Bill Gates bersama rakanya Paul Allen kerap tidak menghadirkan kelas dan
meninggalkan zaman persekolahan mereka bagi menghasilkan projek mereka
tersebut. Hal ini amat berisiko kerana jika projek tersebut gagal,
ketidakhadirannya ke kelas hanyalah sekadar satu kerugian sahaja.
Seterusnya,
usahawan ini juga mengambil risiko yang terbuka kerana matlamatnya yang pada
waktu itu sangat tidak masuk akal bagi sesetengah pihak yang mengangap
pemikirannya itu sangat susah untuk dicipta berikutan pemikirannya yang
mencipta satu inovasi yang luas iaitu
ingin menghasilkan satu perubahan iaitu Microsoft bagi menjadikan penggunaan
computer menjadi lebih meluas yang dapat dimanfaatkan sama ada di rumah ataupun
tempat kerja dan di mana-mana sahaja.
Akhirnya, beliau Berjaya menghasilkan Microsoft yang pada mulanya hanya
sekadar perkara yang sukar dicapai oleh sesetengah pihak dan penggunaanya dapat
dilihat di seluruh pelosok dunia yang telah menjadikan BillGates seorang
jutawan.
TUGASAN 2 : CIRI DAN TOKOH USAHAWAN
Tercatat
ramai usahawan yang berjaya di seantero dunia ini. Namun, usahawan yang berjaya
menarik minat kami sekumpuln ini adalah seorang usahawan yang sangat dikenali
dan mendapat pencapaian yang sangat banyak. Usahawan tersebut adalah Tan Sri Dato Sri Anthony Francis Fernandes.
Berikut adalah biodata peribadi beliau serta lima ciri usahawan yang dapat
ditafsirkan melalui kejayaannya.
BIODATA
Nama
: Tan Sri Dato Anthony Francis Fernanders
Kelahiran
: 30 April 1964, Kuala Lumpur
Bangsa
: Indian ( campuran Goa, Malayali dan Asia Portugis)
Pendidikan
: Alice Smith School, Epsom College dan London School of Economics
(Graduan Ijazah Perakaunan)
Jawatan
: Pengasas kepada Tune Group Sdn Bhd ,
Pentadbir Eksekutif dan pengarah kepada
Air Asia Berhad, dan juga pengerusi
Queens Park Rangers
Pencapaian
: The Legion of Honour Order oleh French Government, International Herald
Tribune Awards, Malaysian CEO of the
Year 2003, Emerging Entrepreneur of
the Year, Entrepreneur of the Year
2006, Asia Pacific Leadership Awards in
2009 and Brand Builder of the Year
2014.
LIMA CIRI KEUSAHAWANAN :
Pengambil
Risiko Terbuka (Open Risk Taker)
Seperti
yang kita tahu pengambil risiko terbuka merupakan salah satu ciri yang terdapat
pada usahawan. Dalam hal ini, Tan Sri Dato Tony Fernandes merupakan individu
yang menggunakan ciri ini. Hal ini dapat dibuktikan apabila beliau yang pada mulanya merupakan pengasas
kepada Tune Group Berhad membeli syarikat penerbangan Air Asia Sdn Bhd yang
telah tercatat sebagai syarikat yang muflis pada waktu itu. Dengan hanya nilai
harga satu ringgit, beliau memiliki syarikat tersebut yng pada mulanya milik
kerajaan di bawah jagaan DRB-HICOM.
Pembelian
syarikat penerbangan ini bukan sahaja berisiko dari segi kemundurannya malah
Tan Sri Anthony Fernandes terpaksa menangung beban hutang yang amat banyak
jumlahnya. Selain itu, pada awal beliau inginmemajukan syarikat ini, beliau
hanya memiliki 250 pekerja bersama dengan dua kapal terbang dan hanya menuju ke
satu destinasi sahaja.
Namun
begitu, individu ini berjaya menghapuskan segala perkara negatif oleh pelbagai
pihak dan hal ini dapat dibuktikan apabila risiko terbuka yang diambil oleh
beliau menjadikan beliau usahawan yang berjaya dan hal ini kerana pada masa ini
Air Asia Sdn Bhd telah mempunyai lebih 190 kapal terbang yang menuju ke 130
lebih destinasi seantero dunia dan mencapai keuntungan sebanyak 549 Billion Ringgit
Malaysia.
Kegagalan
sebagai satu pilihan
Setiap
usahawan akan mengharungi detik kegagalan dan idak semua mampu mengharunginya
kerana sebagai manusia kita mudah mengalah. Namun, Tan Sri Dato Anthony
Fernandes berjaya menempuh kegagalan ini dan beliau menganggap bahawa kegagalan
ini sebagai satu pilihan.
Perkara
ini bukan sekadar rekaan namun ia dapat dibuktikan apabila satu pesawat
penerbangan di bawah syarikatnya yang bertempat di Indonesia iaitu QZ8501 telah
terhempas dan menyebabkan ramai yang terkorban. Pesawat yang terhempas di Selat
Karimata, Indonesia ini telah menyebabkan syarikat beliau dipandang rendah dan
hal ini bukan hanya memberi kesan negative kepada reputasi beliau malah pada
keuntungan syarikatnya yang pada masa itu menurun secara mendadak yang
menghasilkan kegagalan yang besar baginya.
Walaupun
begitu, beliau mengnggap kegagalan itu ada di mana-mana sahaja dan beliau perlu
mengharunginya dengan sedia ada. Dengan berprinsipkan ciri ini, beiau bangkit
untuk menaikkan semula reputasi syarikatnya dengan memohon maaf dan membayar
pampasan kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian itu. Tambahan
pula, beliau cuba untuk mencari penyebab kepada peristiwa. Dengan mengetahui
punca berlakunya peristiwa tersebut, beliau dapat memperbaiki kesalahan yang
terdapat dalam pesawatnya dan buktinya dapat dilihat apabila beliau telah
meningkatkan keselamatan pesawat yang akan berlepas sama ada secara luaran dan
dalaman.
Berorientasikan
Pasukan
Dalam
setiap perniagaan pastinya perlu menghasilkan satu organisasi syarikat yang
mempunyai ciri berorientasikan pasukan yang baik agar dapat meningkatkan mutu
perniagaan sesebuah syarikat. Tan Sri Dato Anthony Fernandes juga mempunyai
ciri ini dan ia dapat dilihat dengan jelas.
Buktinya
adalah apabila pada permulaan beliau membeli Air Asia Sdn Bhd, beliau banyak
memberi pujian dan penghargaan kepada para pekerjanya seperti yang kita ketahui
semua pekerjanya diberi gelaran AllStar kerana baginya para pekerja merupakan
individu yang akan banyak membantu beliau dalam meningkatkan reputasi
syarikatnya maka tidak salah bagi beliau untuk memberikan satu kepujian kepada
pekerjanya yang mapu menaikkan semangat serta keseronokan bekerja kepada
pekerjannya. Hasilnya, beliau dapat mencungkil bakat para pekerjanya dan
mencari potensi mereka dalam mengendalikan hal berkaitan syarikat yang telah
menaikkan keuntungan serta reputasi syarikat ini.
Selain
itu, bagi meningkatkan sikap berorientasikan pasukan dalam syarikatnya, beliau
telah menjalankan pelbagai latihan serta kemahiran seperti menubuhkan Unit
Budaya Korporat dalam menerapakan amalan syarikat serta dapat melahirkan
semangat berpasukan antara mereka apabila berlakunya perkara yang tidak
dijangka. Tambahan pula, beliau juga tela melantik beberapa pekerjanya pabila
berlaku kejadian 11 September yang menyebabkan banyak syarikat penerbangan
memecat pekerjanya di mana hal ini dapat membanyu meningkatkan reputasi
syarikatnya keran kebanyakkan pekerja tersebut merupakan individu yang
mempunyai banyak pengalaman dalam sector penerbangan.
Proaktif
Proaktif
merupakan ciri yang terdapat pada usahawan. Seorang usahawan akan dilihat
sebagai proaktif apabila beliau bersemangat tinggi dalam meningkatkan
perniagaannya serta menghasilkan satu perancangan secara agresif di mana mahu
mencapai perancangannya itu dengan sebaik mungkin.
Hal
ini juga dapat dilihat pada permulaan pembelian Air Asia Sdn Bhd kerana beliau
secara proaktifnya memajak rumahnya serta menangungg beban hutan yang banyak
hanya kerana beliau ingi mencapai impiamnya aitu untuk memiliki syarikat
penerbangan sendiri. Dengan sikap proaktifnya tersebut, beliau telah memiliki
aset perniaagaan yang sangat tinggi.
Selain
itu, Tan Sri Dato Athony Fernandes mempunyai ciri proaktif ini kerana beliau
sentiasa bertindak secara agresif semasa menjalankan perkara yang berkaitan
dengan syarikatnya lebih-lebih lagi yang mampu mengembangkan syarikatnya.
Beliau teah berjaya menghasilkan pelbagai idea yang kreatif dalam membangunkan
Air Asia Sdn Bhd iaitu dengan mewujudkan destinasi berkos tambang rendah kepada
pelangganya di mana menarik minat ramai orang untuk menaiki pesawat
syarikatnya.
Dengan
sikap proaktifnya yang menyebabkan kehidupan beliau pada mulanya sangat rumit untuk dilalui,
akhirnya beliau berjaya melalui dan dapat merasai impian yang dihasilkan
berdasarkan sikap berwibawa dan wawasannya.
Wawasan
(Visionary)
Jika
ingin berjaya dalam sesuatu perniagaan sudah tentu perlunya sikap berwawasan
dalam diri usahawan tersebut. Oleh itu, Wawasan merupakan salah satu ciri yang
ada pada seseorang usahawan seperti Tan Sri Dato Anthony Fernandes.
Apa
yang dapat dilihat oleh Tan Si Dato Anthony Fernandes adalah sikap wawasannya
iaitu ingin mencapai apa yang diingikan oleh beliau apabila meningkat dewasa.
Cita-citanya untuk menjadi seorang usahawan dala syarikat penerbangan merupakan
impiannya yang wujud semenjak beliau masih bersekolah lagi. Hal ini kerana,
pada waktu itu beliau bersekolah di luar Negara yang berasrama penuh dan ia
menyebabkan beliau tidak mampu untuk pulang ke rumahnya selalu hanya keran kos
penebangan yang tinggi. Justeru itu, beliau nekad untuk menubuhkan syarikat
penerbangannya yang bercirikan kos tambang rendah agar orang sepertinya mampu
untuk menaiki pesawat dan dapat pulang ke pangkuan keluarga mereka.
Dengan
sikap wawasannya, beliau berjaya merealisasikan impiannya apabila beliau
membeli Air Asia Sdn Bhd yang dikenali dengan kos tambang rendah dan
melancarkan penerbangan pertama syarikatnya dari London ke Kuala Lumpur di mana
ia merupakan tempat beliau bersekolah dan tempat ahli keluargannya menetap
iaitu di Kuala Lumpur. Tambahn pula, kewibawaanya itu dibei penghargaan apabila
beliau dianugerahkan International Herald Tribune dalam kategori Visionaries
and Leadership Series.
Rujukan
Internet
·
Ab, K. (2015, October 18). CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA TAN SRI TONY FERNANDES. Diperolehi pada
November 25, 2016, daripada http://kumpulanabsade1013.blogspot.my/2015/10/ciri-ciri-usahawan-berjaya-tan-sri-tony.html
·
Media Statement| April 17, 2015 10:39
MYT. (2015, April 17). Tony Fernandes
tersenarai dalam 100 Individu Paling Berpengaruh TIME. Diperolehi pada 25,November2016,
daripada http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tony-fernandes-tersenarai-dalam-100-individu-paling-berpengaruh-time-58030
·
B. (2009, November 19). Bill Gates. Diperolehi pada November 26,
2016, daripada https://billgatescr09.wordpress.com/
·
Azemi , (1970). Esei: Faedah Belajar Kumpulan .
diperolehi pada November 26, 2016. Daripada http://uumsade1013.blogspot.my/2015/10/tugasan-kumpulan.html
·
Wikimedia Foundation (2016). Yusof Haslam. Diperolehi pada Disember 3
2016, Daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Yusof_Haslam
·
@asia (2016), The Asian Entrepreneur. Diperolehi pada Disember 3 2016, Daripada http://www.asianentrepreneur.org/vivy-sofinas-yusof-fashionvalet-interview/
·
Wordpress. Happy go Duky. Diperolehi pada Disember 3 2016, Daripada https://proudduck.wordpress.com/
·
Wikimedia Foundation (2015). Jimmy Choo. Diperolehi pada Disember 3
2016, Daripada https://en.wikipedia.org/wiki/Jimmy_Choo
·
A/E Networks Television (2014). Jimmy Choo. Diperolehi pada Disember 3
2016, Daripada http://www.biography.com/people/jimmy-choo-20692491
·
Laila Hasnim (2016). Usahawan Berjaya-Datuk Loh Boon Siew.
Diperolehi pada Disember 3 2016, Daripada lailahasnim.blogspot.com/p/usahawan-berjaya.html
·
Atom (November 2015). Entrepreneurship. Diperolehi pada
Disember 3 2016, Daripada entrepreneurshipgroup123.blogspot.com
Buku
·
Walter Isaacson,(2011). Steve Jobs: The Exclusive Biography. United States:
Simon & Schuter.
·
Sunway, (2016). Chairman’s Profile. Malaysia: Sunway Berhad.











PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,
ReplyDelete